CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, April 16, 2008

InFoRMaSi MeNgeNai PaSiR SaLaK

BaGaiMaNa Ke PaSir SaLak?

Anda tidak perlu risau akan perjalanan anda ke sana kerana semua maklumat mengenai Pasir Salak akan diberi.

Jika anda dari Kuala Lumpur, jalan yang paling mudah adalah menuju terus ke Pekan Ipoh. Perjalanan memandu kereta mengambil masa selama sejam setengah sahaja. Jika anda menaiki bas, bas boleh didapati dalam pelbagai jenis bas di Kuala Lumpur dan terus menuju ke pekan Ipoh. Dari Pekan Ipoh, bas untuk ke Pasir Salak adalah dengan menaiki bas ke Lumut.
Jika dari Ipoh, menaiki kereta, perjalanan mengambil masa selama 45 minit sahaja.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi :
Nombor Telefon : 05-631 1188
Nombor Faks : 05-631 3850
Alamat Email : riverine@pitc.com.my
Alamat : Kompleks Sejarah Pasir Salak , Kampung Gajah 36800 Perak, Malaysia.

Waktu Lawatan : Isnin hingga Ahad dari jam 8.30 pagi hingga 7.00 petang
Waktu Urusan : Isnin hingga Ahad dari jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang
Jumaat 9.30 pagi hingga 12.15 tengahari
2.45 tengahari hingga 5.00 petang

AnTaRa LoKasi MeNaRiK di PaSiR SaLaK.

TUGU J.W.W BIRCH

Gambar disebelah ini ialah Tugu J.W.W Birch. Tugu ini dibina kerana kematian penjajah British yang berkuasa pada masa itu iaitu J.W.W Birch di Pasir Salak.




LELA RENTAKA


Gambar ini ialah sebuah telaga yang terdapat di Pasir Salak dan terdapat sebuah meriam terletak diatas telaga ini. Meriam ini digunakan semasa zaman Kesultanan Sultan Abdullah dan penjajah British.



JAM SURIA

Jam ini adalah bertujuan digunapakai bagi mengetahui waktu dan masa pada zaman Kesultanan dahulu kala. Jam ini masih lagi berfungsi dan boleh digunakan lagi. Jam ini bergantung kepada sinaran matahari untuk mengetahui waktu dan masa.


SUNDANG

Sundang ialah sebuah tugu yang mengambarkan sebilah pisau diletakan diatasnya. Sundang ini melambangkan kepahlawanan melayu dahulu kala yang hanya menggunakan alatan senjata yang asas seperti pisau, parang, pedang dan tombak. Manakala penjajah menggunakan senapang, meriam sebagai senjata utama mereka.





AnTaRa TeMpAT MeNaRiK Di PaSiR SaLak

Terowong Sejarah


Terowong Sejarah Kompleks Sejarah Pasir Salak merupakan sebuah bangunan muzium yang utama didirikan di kompleks ini. Bangunan yang panjangnya 157 kaki x 115 kaki lebar ini memuatkan 42 diorama-diorama episod sejarah perjuangan patriotisma dan nasionalisma anak watan Negeri Perak khususnya dan hubungkaitnya dengan perkembangan sejarah Malaysia amnya. Dalam perkembangan sejarah negara, diorama-diorama ini bermula dengan episod senario penempatan awal Kuala Selinsing, Perak yang wujud pada tahun 200 sebelum masihi hingga 1000 masihi.
Kemudian diikuti dengan kemunculan Nila Pahlawan, Sang Nila Utama dan Krishna Pandita di Bukit Siguntang yang mana keturunan ini menjadi Raja di Temasik ( Singapura ), Pengasas Kesultanan Melaka dan Perak. Seterusnya diorama ini menceritakan mengenai bagaimana Malaysia menghadapi kuasa penjajah Portugis, Belanda, British, Jepun dan British sekali lagi, episod perjuangan penentangan serta pencapaian kemerdekaan.

Puncak perjuangan patriotisma ditunjukkan dalam diorama life size seperti episod Perjanjian Pangkor dan pembunuhan J.W.W. Birch, Residen British yang pertama di Negeri Perak.Dalam perkembangan perjuangan sejarah Malaysia yang bersepadu ini, setiap negeri-negeri di Malaysia telah terlibat dalam perjuangan patriotisma dan nasionalisma . Episod-episod ini ditunjukkan juga di dalam 13 diorama yang terakhir di dalam Terowong Sejarah Kompleks Sejarah Pasir Salak.



RuMaH KuTai

Di Pasir Salak terdapat sebuah rumah tradisional lama yang dinamai sebagai Rumah Kutai. Rumah ini dibina pada zaman Kesultanan Melaka dan Perak. rumah ini diduduki oleh Pengasas pada zaman Kesultanan Sultan Abdullah iaitu Sultan Perak pada tahun 1874. Rumah ini dijadikan tempat untuk semua bentuk aktiviti yang dijalankan yang melibatkan pemerintahan dibawah Sultan Abdullah. Rumah Kutai ini masih lagi bertahan sehingga ke arini kerana strukturnya pembinaan dan pembentukannya bertahan sehingga ke hari ini.

Kini, setelah seabad berlalu, Rumah Kutai ini masih lagi wujud dan strukturnya masih bertahan dan Rumah Kutai ini dijadikan sebagai tempat Muzium iaitu tempat untuk para pelancong atau pengunjung melihat barangan atau peralatan yang dijadikan pameran.

Terdapat pelbagai barangan dan peralatan yang digunakan semasa Kesultanan Abdullah dan penjajah British yang menguasai Pasir Salak terdapat didalam Rumah Kutai ini. Kita boleh mengetahui barangan dan peralatan yang digunakan bagi mendapatkan gambaran dan pengetahuan tentang sejarah mereka dahulu kala.

Antara gambaran lokasi yang terdapat didalam rumah kutai ialah seperti dibawah:


Gambar disebelah ialah dapur yang diberi nama Dapur Keris. Didapur ini selain menyediakan masakan Sultan dan pembesar Melayu yang lain, dapur ini digunakan bagi membuat Keris yang digunakan oleh pembesar dan pahlawan Melayu.




Keris disebelah adalah antara barangan yang dijadikan bahan pameran untuk para pelancong dan pengunjung yang hadir di rumah kutai ini. Selain itu, pelbagai lagi barangan disediakan untuk dijadikan barangan pameran.




PaSiR SaLaK ReSoRt
Di Pasir Salak terdapat juga resort yang disediakan untuk para pengunjung dan pelancong yang datang ke Pasir Salak untuk menginap. Resort ini disediakan bagi memudahkan lagi pengurusan perjalanan dan membolehkan para pengunjung merancang perjalanan masa untuk pulang kepada destinasi mereka. Resort ini baru sahaja dibina oleh pihak penganjur tempat kerana beberapa faktor diantaranya faktor tempat, kawasan, kemudahan dan aktiviti yang disediakan.

PeMbiNaaN KoMpLeKs SeJaRaH PaSiR SaLaK

Kompleks Sejarah Pasir Salak dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M. Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990. Penubuhan Kompleks Sejarah Pasir Salak adalah dari idea Y.A.B. Tan Sri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak. Konsep asal penubuhannya merupakan satu bentuk rakaman sejarah yang memperingati kita betapa pentingnya peristiwa berdarah Pasir Salak yang dianggap sebagai asas permulaan sistem demokrasi berparlimen bagi negara Malaysia. Kompleks Sejarah Pasir Salak juga akan dijadikan sebagai sebuah pusat yang menyediakan sumber-sumber rujukan mengenai sejarah dan kebudayaan negeri Perak Darul Ridzuan yang bermanfaat kepada masyarakat seluruhnya.

PeNGeNaLaN PaSiR SaLaK

Nama Pasir Salak berasal daripada pasir yang terletak di tepi sungai Perak yang dipenuhi kulit buah salak. Salak ialah sejenis buah, kulitnya yang berwarna coklat, isi agak putih dan pokoknya seperti Pokok Nipah. Sungai merupakan nadi kehidupan masyarakat di tepi sungai sebagaimana yang diperlukan oleh penduduk diPasir Salak. Di sungai inilah penduduk kampung menyara hidup dengan menjadi nelayan sungai, bot penambang, menghanyutkan buluh dan balak, mengangkut buah durian dan buah-buahan lain ke Teluk Intan. Sungai Perak yang jernih jauh dari pencemaran air lombong bijih timah yang amat-amat keruh. Maka banyaklah pokok salak tumbuh liar dan sesetengahnya ditanam.

Pasir Salak merupakan sebuah bandar yang terletak di tepi Sungai Perak, Perak, Malaysia. Di seberang sungai terletaknya pekan Kampung Gajah dimana dibelakangnya terletak jelapang padi yang luas diSeberang Perak. Pasir Salak terletak 70 kilometers dari Pekan Ipoh. Pasir Salak sinonim dengan sejarah kebangkitan orang Melayu menentang penjajah British dimana penjajah membuat undang-undang sendiri mengutip cukai mengikut peraturan mereka. Lantas itu Dato' Maharaja Lela Pandak Lam bingkas bangun menjulang keris apabila Sultan Abdulah iaitu Sultan Perak pada tahun 1874 yang curiga, kesal akan Perjanjian Pangkor yang ditandatangani bersama penjajah British di dalam HMS Pluto di Pulau Pangkor.

PeNGeNaLaN TeMpaT

Terdapat banyak tempat yang menarik didalam Negeri Perak Darul Ridzuan. Tempat perlancongan terdiri kepada dua jenis tempat iaitu sama ada tempat bersejarah atau tempat rekreasi pelancong. Contoh tempat bersejarah ialah seperti Pasir Salak, Kellie Castle, Muzium Kuala Kangsar dan manakala tempat rekreasi seperti Bukit Merah Lake Town Resort, Gunung Lang, Gua Tempurung, Lost World Of Tambun dan Pulau Pangkor. Disini tempat menarik yang ingin diperkatakan ialah mengenai tempat bersejarah iaitu Pasir Salak.

PeRCuTiaN MeNaRiK di PaSir SaLak!!!

Selamat Datang Ke Blog Percutian Di Pasir Salak.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog di laman ini. Di Blog ini terdapat maklumat dan informasi mengenai percutian diPasir Salak, Perak Darul Ridzuan.

Di Blog ini akan diceritakan mengenai maklumat tempat, arca-arca yang menarik dibina, aktiviti yang disediakan, informasi tentang sejarah Pasir Salak dan pelbagai lagi.

Di dalam Blog ini juga dipelawa oleh semua pembaca blog untuk memberi sebarang komen, cadangan atau maklumat tambahan mengenai Pasir Salak.

Selamat Melayari Blog pasir-salak-holiday.blogspot.com.....