CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, April 16, 2008

PeNGeNaLaN PaSiR SaLaK

Nama Pasir Salak berasal daripada pasir yang terletak di tepi sungai Perak yang dipenuhi kulit buah salak. Salak ialah sejenis buah, kulitnya yang berwarna coklat, isi agak putih dan pokoknya seperti Pokok Nipah. Sungai merupakan nadi kehidupan masyarakat di tepi sungai sebagaimana yang diperlukan oleh penduduk diPasir Salak. Di sungai inilah penduduk kampung menyara hidup dengan menjadi nelayan sungai, bot penambang, menghanyutkan buluh dan balak, mengangkut buah durian dan buah-buahan lain ke Teluk Intan. Sungai Perak yang jernih jauh dari pencemaran air lombong bijih timah yang amat-amat keruh. Maka banyaklah pokok salak tumbuh liar dan sesetengahnya ditanam.

Pasir Salak merupakan sebuah bandar yang terletak di tepi Sungai Perak, Perak, Malaysia. Di seberang sungai terletaknya pekan Kampung Gajah dimana dibelakangnya terletak jelapang padi yang luas diSeberang Perak. Pasir Salak terletak 70 kilometers dari Pekan Ipoh. Pasir Salak sinonim dengan sejarah kebangkitan orang Melayu menentang penjajah British dimana penjajah membuat undang-undang sendiri mengutip cukai mengikut peraturan mereka. Lantas itu Dato' Maharaja Lela Pandak Lam bingkas bangun menjulang keris apabila Sultan Abdulah iaitu Sultan Perak pada tahun 1874 yang curiga, kesal akan Perjanjian Pangkor yang ditandatangani bersama penjajah British di dalam HMS Pluto di Pulau Pangkor.

0 comments: